Thursday, April 5, 2012

Perbincangan Suami Istri Yang Ada Cita-cita Islam


  1. Perkataan yang selalu dikeluarkan atau percakapannya selain bercakap-cakap untuk menghiburkan satu sama lain, ia juga untuld.. mendatangkan rasa ghairah satu sama lain. Ini untuk menghindarkan suami atau isteri merasa tidak puas dengarl.pasangan masing-masing sehingga hubingan menjadi dingin
  2. Bercakap, berbincang dan bertukar likiran tentang iman.
  3. Bagaimana Islam dapat diamalkan di dalam din maupun di dalam keluarga.
  4. Bagaimana akan mendidik anak secara Islam secara lebih berkesan.
  5. Bagaimana hendak memajukan pelajaran anak-anak dan memperhalus akhlak mereka agar taat kepada Allah SWT, Rasul dan kedua ibu bapa.
  6. Bagaimana hendak melahirkan kasih sayang dan perpaduan dikalangan anak-anak.
  7. Bagaimana hendak menghadapi anak-anak yang nakal dan terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sehat.
  8. Bagaimana hendak melatih anak-anak (perempuan) agar pandai mengurus rumah tangga, memasak, menjahit dan sebagainya.
  9. Bagaimana hendak melatih anak-anak (laki-laki) supaya memiliki ilmu fardhu ain yang mencukupi, bertanggung jawab dan memiliki ciri-ciri kepimpinan.
  10. Bercakap-cakap tentang isu-isu semasa terutama yang berhubungan dengan Islam.
Seandainya perbincangan di antara suami dan isteri tidak ada cerita tentang iman, tentang Islam, tentang ibadah, akhlak, Akhirat, tentang dosa dan pahala, cerita-cerita sedih tentang gejala masyarakat, maka tidak akan wujudlah kasih sayang dan tidak ada ketenangan di dalam keluarga. Akhimya tujuan perkawinan untuk berhibur sudah menjadi huru-hara sehingga membawa kepada perceraian.

No comments:

Followers